::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

08 Mei, 2016

Taklimat 'Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)'

 Bahan - bahan PBPPP [klik sini]

UCAPAN ALUAN
1.            Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru  yang dapat menghadiri taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) .Pengerusi juga turut mengingatkan mengenai kepentingan guru memahami PBPPP.




2.            LATAR BELAKANG PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN ( PBPPP )

2.1  Memaklumkan bahawa PBPPP dibangunkan adalah untuk menggantikan beberapa penilaian  sedia ada di KPM digabungkan menjadi satu instrumen penilaian untuk kepelbagaian        penggunaan.

2.2 Memaklumkan PBPPP adalah penilaian baharu memberi fokus kepada elemen pembangunan kompetensi, potensi  dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

2.3 Memaklumkan Pembangunan instrumen PBPPP berdasarkan Standard Prestasi yang selaras dengan Government Transformation Programme 2.0  dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan) dan 5 (Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah).

2.4  Memaklumkan Konsep Asas PBPPP  akan dinilai oleh dua Pegawai Penilai berasaskan  Instrumen Generik dan Fungsional serta Keberhasilan seterusnya dibahagikan kepada tiga  kategori Prestasi iaitu:
                        a.  Prestasi Tinggi (90 – 100)
                        b.  Prestasi Sederhana (60 – 89.9)
                        c.  Prestasi Rendah (0 – 59.99)



3.            JAWATANKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

3.1  Memaklumkan Jawatankuasa PBPPP terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Tiga Ahli Jawatankuasa dan seorang Urus setia. Urus setia hanya berperanan dalam aspek pengkeranian dan tiada kuasa mengundi.

3.2  Memaklumkan bagi Jawatankuasa peringkat sekolah rendah,organisasinya dalah seperti berikut :
                                Pengerusi    : Guru Besar
                                Setiausaha  : Penolong Kanan Pentadbiran
        Ahli            : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
                              Penolong Kanan Ko-kurikulum
        Urus Setia  : Ketua Pembantu  Tadbir



4              PEGAWAI PENILAI ( PP) DAN PEGAWAI YANG DINILAI (PYD)

4.1 Memaklumkan Penilaian adalah fleksibel iaitu sistem penilaian yang tidak terikat kepada sesuatu kaedah penilaian semata-mata. Penilaian ini dijalankan berdasarkan perkara-perkara yang berikut :
a) Kesesuaian Masa :  pagi/ petang/ malam. (bergantung kepada majlis/ program)
b) Kesesuaian Tempat : bilik darjah/ makmal/ padang.
c) Kepelbagaian Kaedah : semakan bahan/ temu bual/ pencerapan/ pemerhatian.

4.2  Memaklumkan proses penilaian PBPPP ini melibatkan dua PP, iaitu Pegawai Penilai Satu (PP1) dan Pegawai Penilai Dua (PP2). Penilaian mesti dijalankan oleh PP yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD.Pemberian markah antara kedua-dua PP kepada PYD adalah sulit. PP1 dan PP2 tidak boleh berbincang dalam proses pemberian markah PYD.

4.3  Memaklumkan pelantikan atau penetapan PP perlu berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti berikut:
a) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang PYD dan mempunyai  kemahiran menilai secara objektif.
b) Sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada pegawai yang dinilai atau Ketua Organisasi/ Penyelia.
c) Tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui pertalian darah atau perkahwinan antara PP dan PYD.

4.4 Pegawai Yang Dinilai (PYD) merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilantik oleh  Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).



5.            INSTRUMEN DAN WAJARAN

5.1   Memaklumkan konsep instrumen adalah :
a) Dimensi merupakan perkara pokok atau bidang utama pekerjaan yang hendak dinilai dan boleh diukur. Dimensi menggambarkan konstruk yang hendak dinilai.
b) Elemen ialah bahagian-bahagian bidang utama pekerjaan yang hendak dinilai dan boleh      diukur. Elemen adalah pembolehubah bagi sesuatu Dimensi (Konstruk).
c) Aspek adalah bidang tugas dan tanggungjawab yang dinilai dalam satu tempoh yang ditetapkan. Aspek merupakan perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen.

5.2  Memaklumkan Komponen Instrumen PBPPP terbahagi kepada tiga iaitu Generik, Fungsional dan      Keberhasilan.

5.3  Memaklumkan Komponen Generik bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan dimensi, elemen dan  aspek yang sama.

5.4  Memaklumkan Komponen Fungsional bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan pengetahuan dan    kemahiran dalam bidang tugas masing-masing.

5.5  Memaklumkan komponen Keberhasilan bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan peningkatan        berasaskan bidang tugas. (Kumpulan PdP dan PTA).

5.6   Memaklumkan wajaran markah penilaian bagi instrumen PBPPP adalah seperti berikut :
a)      Komponen generik mempunyai 3 dimensi iaitu;
         D1 – Dimensi Profesionalisme (20%).
         D2 – Dimensi Tugasan Tambahan (10%).
         D3 - Dimensi Penglibatan (10%).
b)  Komponen fungsional mempunyai 1 dimensi iaitu Dimensi Kemahiran (60%).
c)  Komponen keberhasilan (100%).

5.7  Memaklumkan jumlah keseluruhan wajaran adalah 100% di mana komponen generik dan fungsional  sebanyak 90% sementara komponen keberhasilan adalah sebanyak 10%.
                                   


6.            SISTEM E-PRESTASI
6.1   Memaklumkan Aplikasi/Modul e-Prestasi dibangunkan di bawah Sistem Maklumat Guru(SMG).

6.2   Memaklumkan Modul E-Prestasi ini boleh dicapai dilaman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my

6.3  Memaklumkan ciri-ciri utama E-Prestasi ini iaitu capaian secara dalam talian melalui Internet, boleh  dicapai menggunakan  pelayar web utama, boleh dicapai pada bila-bila masa tertakluk kepada takwim  penilaian yang ditetapkan oleh BPPK, tiada pendaftaran pengguna diperlukan dan pengiraan markah  PYD adalah secara automatik.

6.4   Memaklumkan modul-modul utama dalam E-Prestasi adalah :
a)      Pelantikan JK PBPPP di Peringkat Sekolah.
b)      Penetapan PP1 dan PP2 bagi PYD.
c)      Penilaian oleh PP1 dan PP2.
d)     Penyelenggaraan;
                        - Pelaporan.
                        - Pelarasan Markah.
                        - Set semula Kata Laluan.
e)  Sub Modul Slip Keputusan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan